Blogger Templates
*** Selamat Datang Ke Blog Saya : Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan ***

Monday 31 October 2011

Mengapa perlu memberus gigi?

Adakah kamu berasa bimbang jika doktor gigi datang ke sekolah untuk memeriksa gigi kamu? Jadi sebelum ke sekolah, kamu pasti akan memberus gigi berulang kali agar gigi kamu bersih sebelum pemeriksaan gigi diadakan. Tahukah murid-murid bahawa amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Amalan memberus gigi sehingga bersih dan teratur dapat membantu dengan cara membersihkan segala jenis kekotoran yang terlekat di sekitar gigi seperti sisa makanan dan plak gigi. Memberus gigi secara betul dan teratur juga dapat mencegah kerosakan gigi.

Kekerapan memberus gigi juga amat penting dalam mengekalkan gigi yang sihat. Jika kamu hanya memberus gigi ketika pemeriksaan gigi sahaja tidak akan menyumbang kepada gigi sihat. Beruslah gigi setiap kali selepas makan. Tempoh memberus gigi juga sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit dalam satu sesi.

                         

Marilah dengar lagu " Gosok Gigi ". Janganlah malas gosok gigi. Gigi putih, Gigi bersih, Gigi yang sihat.


           
     

Sunday 16 October 2011

Uruskan Kehidupanmu dengan Bijak

Jika kamu mengakui bahawa anda seorang yang bijak, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengguna yang bijak?

Ciri-ciri pengguna yang tepat :
  • Membeli barangan berkualiti
  • Membuat perbandingan harga
  • Memilih perkhidmatan terbaik
  • Membuat pilihan yang tepat

Bertindaklah dengan Bijak!!! 
 





Bijak dalam Berpakaian
  • Belilah barang buatan Malaysia kerana barangan berjenama melibatkan kos yang lebih tinggi.
  • Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini kerana fesyen sentiasa berubah.
  • Kitar semula pakaian lama dengan mengamalkan konsep suai padan.
  • Beli pakaian baru hanya apabila perlu, seperti telah koyak, terlalu usang atau tubuh badan kamu semakin tinggi atau sudah tidak muat kerana pertambahan berat badan.


 Bijak dalam Pemakanan 
  • Makan buah-buahan tempatan.
  • Tanamlah sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Amalkan memasak makanan sendiri di rumah.
  • Selain lebih menjimatkan, makanan di rumah kurang terdedah kepada risiko keracunan makanan.
  • Bawa belak ke sekolah.
  • Jangan membeli makanan secara berlebihan.