Blogger Templates
*** Selamat Datang Ke Blog Saya : Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan ***

Wednesday 14 December 2011

Filem Negara 7 - Tiada Alasan Tidak Cergas

Slogan TIADA ALASAN! merupakan slogan yang diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat Malaysia agar sentiasa mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat sepanjang hayat. Pelbagai alasan yang sering kita dengar mengenai Tiadanya Ruang dan Tiadanya Peluang seseorang di dalam melakukan aktiviti – aktiviti kecergasan, sedangkan mereka mampu untuk melakukannya.

Berteraskan konsep ‘Sukan Untuk Semua’, ‘Malaysia Cergas’ dan  ‘Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu’, slogan ini bertujuan sebagai penyokong kepada konsep tersebut bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya sukan serta sentiasa mengamalkan aktiviti kecergasan di dalam kehidupan seharian mereka.


Sunday 11 December 2011

Lagu Senaman 14



Filem Negara 6 - Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengundangkan penyakit kencing manis. Pengambilan minuman manis bermakna kita menambah kemasukan kalori atau tenaga ke dalam badan. Jadi badan menerima kalori daripada dua sumber iaitu makanan dan minuman. Kalori yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak yang akhirnya membuatkan berat badan bertambah dan kegemukan. Kepada yang suka minuman yang dibubuh gula berlebihan. Kurangkan gula dari 3 sudu ke 2 atau 1 sudu.






Saturday 10 December 2011

Lagu Senaman 13





Imbangan 2

Permainan Imbangan Berpasukan

Patuhi langkah keselamatan ketika melakukan aktiviti imbangan di bawah.



 Tolak patung

* tolak secara perlahan








Ketingting 
bertiga

* lakukan dengan berhati-hati







Ayun kaki serental

* lakukan mengikut kemampuan kamu











Meniti di atas tali besar

* pastikan kamu bergerak dengan kaki yang sama

Imbangan 1

Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa melakukan sesuatu aktiviti. Mari lakukan aktiviti imbangan seperti gambar mengikut kemampuan kamu. Bolehkah kamu melakukan imbangan di bawah dalam kiraan empat?




Penyalahgunaan Bahan 2

Cara Penyimpanan Racun

Racun amat berbahaya jika disalahgunakan. Sentiasa patuhi panduan penggunaan racun.


  • Kenal pasti bahan-bahan berbahaya dan beracun seperti baja, asid, ubat nyamuk dan lain-lain.
  • Simpan racun di tempat yang tinggi dan berkunci.
  • Tidak menyimpan racun di dalam bekas makanan atau minuman.

Penyalahgunaan Bahan 1

Penyimpanan dan Penggunaan Ubat

Ubat digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Ubat perlulah disimpan di tempat yang selamat. Ubat yang diambil secara berlebihan atau salah penggunaannya akan memudaratkan tubuh badan.

                                                                                                                                            

  1. Tablet - Dihisap, dikunyah atau ditelan
  2. Cecair - Diminum atau disapu
  3. Krim - Disapu
  4. Kapsul - Ditelan





Ikuti nasihat daripada doktor atau ahli farmasi
ketika mengambil dan menggunakan ubat.

Friday 9 December 2011

Filem Negara 5 - Pakai Tali Pinggang Keledar

Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang boleh mengundang risiko dan bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pemakaian dan penggunaan tali pinggang keledar adalah amat digalakkan bagi tujuan keselamatan. Murid-murid mestilah pakai tali pinggang keledar walaupun di belakang. Utamakan keselamatan. Ingat!!!











Lagu Senaman 12




Lagu Senaman 11



Koordinasi 2


Mari menyanyi dan menari mengikut rentak muzik.

Korus :

Jingkling nona
Jingkling nona
Yo karei kaza
( 2 kali )

Ai kaza nu tei portra
Nona kai logo pasa
( 2 kali )

Ai ting kan tun ting
Kan tun ting pala nun ting
( 2 kali )

Mari menari
Menari bersama-sama
( 2 kali )

Koordinasi diri
Bagai si rama-rama
( 2 kali )

Pandang ke kanan
 Pandang ke kiri

Ayunkan tangan
Goyangkan kaki

Ulang korus

Melodi : Jingkling Nona

* Selepas melakukan aktiviti ini, kamu dapat menyelaraskan pergerakan mata, tangan, kaki dan badan.



Koordinasi 1

Koordinasi bermaksud pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan. Cuba tiru koordinasi jari yang dilakukan oleh rakan-rakan kamu ini. Bolehkah kamu melakukannya? Ini dapat meningkatkan koordinasi mata dan tangan kamu. Kamu boleh cipta bayang-bayang objek yang lain. Ingat, bayang-bayang terbentuk apabila cahaya tidak dapat menembusi objek yang legap.


Kelenturan 2

Aktiviti kelenturan yang berkesan dapat membantu pergerakan anggota badan. Kita juga dapat mengelakkan kecedaraan otot. Mari lakukan aktiviti kelenturan di bawah. Anda boleh melakukan aktiviti kelenturan bersama-sama rakan anda. Lakukan dengan berhati-hati dan mengikut kemampuan anda.



 




Kelenturan 1

Kelenturan bermaksud keupayaan meregang otot beserta kebebasan sendi bergerak dengan
sepenuhnya. Kita boleh melakukan aktiviti kelenturan secara individu dan berkumpulan. Murid-murid, lakukan aktiviti di dalam gambar dalam kiraan lapan. Berhati-hati ketika melentikkan badan anda.




Pergerakan Asas

Murid-murid, perhatikan aksi mereka dan melakukan aksi seperti yang terdapat dalam gambar. Cuba lakukannya dengan berhati-hati.


Thursday 8 December 2011

Lagu Senaman 10




Filem Negara 4 - Bumi Hijau

Kehidupan manusia sangat berkait rapat dengan alam semulajadi.Tumbuh-tumbuhan ataupun pokok yang ditanam akan berfungsi untuk memberi keselesaan kepada manusia. Pokok ini memberi kesan kepada kesegaran udara dengan menyerap Karbon Dioksida dan menghasilkan gas Oksigen untuk menyamankan udara persekitaran. Pokok juga berupaya menghalang udara panas yang tercemar. Suasana yang dihiasi dengan pelbagai jenis pokok tumbuhan yang beranika warna dan bentuk akan melahirkan ketenangan dan keindahan persekitaran. Dengan adanya pokok perhiasan ini kita akan dapat menikmati kenyamanan udara dan keindahan alam semulajadi. Bumi Hijau, Tanggungjawab Kita !





Cerita 6 - Jangan Buang Sampah Sembarangan!




 

Lagu Senaman 9



Gunalah Tong Sampah

Tong sampah adalah bekas tempat sampah dibuang secara sementara yang biasanya diperbuat daripada plastik atau logam. Murid-murid, kita mestilah membuang sampah ke dalam tong sampah supaya menjaga kebersihan persekitaran. Jagalah Kebersihan Persekitaran!



Cerita 5 - Mari Hidup Sihat

Gaya hidup yang sihat membawa kebaikan kepada kita kerana jika kita mengamalkannya sepanjang masa, hidup kita akan menjadi lebih bahagia dan gembira. Kita adalah orang yang bertanggungjawab menentukan gaya hidup kita dan bukannya orang lain. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.



Cerita 4 - Aku Biasa Mandi Sendiri



Filem Negara 3 - Bersama Mencegah Aedes

Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.




Filem Negara 2 - Jimat Cermat

Berjimat ialah berhati-hati atau berhemat membelanjakan wang. Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang mulia. Kita dapat menggunakan wang dengan bijak melalui amalan berjimat cermat. Seseorang yang berjimat cermat sentiasa memikirkan bagaimana untuk menyimpan wang supaya dapat menggunakannya semasa diperlukan. Orang yang jimat boleh melaburkan wang mereka dalam bank. Amalan berjimat cermat dapat mengelakkan diri kita dari suka membazir. Kita sama-sama mengamalkan amalan berjimat cermat. 





Tuesday 29 November 2011

Lagu Senaman 7

Mari kita menyanyi sambil bergembira dengan lagu di bawah.


Lompatlah adik lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Lompat adik lompat
Lompat dengan sebelah kaki     


Lompatlah adik lompat
Lompat berhati-hati
Pusing badan setempat
dan ayunkan kaki kiri


Korus :

Kalau adik cergas diri
Adik sihat nanti
La la la la la la la
La la la la la la la
Tentu senang hati.


Melodi :  Lompat Si Katak Lompat 
 




Monday 21 November 2011

Lagu Senaman 5

Mari menyanyi lagu " Gembira Tepuk Tangan " sambil melakukan pergerakannya.

         

Percutian Sihat

Ketika cuti sekolah kali, adalah murid-murid bakal melancong ke luar negara? Mungkinkah murid-murid akan bercuti ke sebuah kawasan peranginan yang agak jauh daripada kediaman kamu? Lihatlah panduan di bawah sebelum pergi bercuti :

Jumpa Doktor
Jika ingin bercuti ke luar negara, dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor. Jika perlu, dapatkan suntikan vaksin tertentu jika ditakuti kamu terdedah kepada penyakit-penyakit yang hanya terdapat di negara yang bakal dilawati. Jika murid-murid mempunyai penyakit dan memerlukan bekalan ubat tertentu, pastikan bekalan ubat mencukupi untuk tujuan percutian.
                

Bawa Beg Kesihatan Kembara 
Beg ini mesti mengandungi ubat-ubatan asas yang boleh meredakan gejala kesakitan. Contohnya seperti jangka suhu, panadol, garam penghidrat jika berlaku cirit-birit, krim antiseptik, pil tahan sakit, kain pembalut luka, cecair untuk membalut luka dan sebagainya.

                             

Bawa Krim Pelindung Matahari
Kemungkinan destinasi yang ditujui mengalami cuaca panas yang sangat terik. Krim pelindung diperlukan untuk mengelakkan kulit daripada mengelupas.

                         

Rehat dan Tidur yang Cukup
Sebelum pergi bercuti, janganlah terlalu seronok sehingga melupakan waktu tidur yang biasa. Murid-murid perlu tidur dan rehat yang cukup sebelum berangkat ke destinasi yang dituju.

             

Bawa Air Minuman
Bawa air minuman yang mencukupi untuk diminum sepanjang perjalanan.

                 

Pilih Menu Makanan
Pilihlah makanan yang kurang pedas, berempah dan terlalu berminyak. Lebihlah memakan buah-buahan. Hal ini dapat menyegarkan tubuh kamu. Jika memakan makanan terlalu pedas atau berempah, mungkin boleh mengakibatkan sakit perut atau cirit-birit.

            

Jaga Kebersihan
Amalkan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Menjaga kebersihan diri dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti penyakit.

                

Sunday 13 November 2011

Cara Memberus Gigi Dengan Betul

Memberus gigi juga perlu memerlukan langkah-langkah yang betul bagi mendapatkan hasil yang berkesan. Jika murid-murid tidak mengikut langkah-langkah yang betul, sisa makanan dan plak gigi tidak akan terhapus dengan berkesan. Langkah-langkah berikut dapat membantu murid-murid mengamalkan teknik memberus gigi secara berkesan :

  1. Memberus gigi haruslah dimulakan dari permukaan luar dan dalam gigi. Berus diletakkan pada sudut kecondongan 45 darjah dan mulakan memberus dari atas gusi hingga ke gigi.
  2. Kamu juga haruslah memberus pada permukaan gigi yang digunakan untuk mengunyah makanan. Pegang berus secara mendatar dan tolak berus ke luar dan ke dalam.
  3. Langkah seterusnya, murid-murid hendaklah memberus pada bahagian dalam gigi hadapan. Tegakkan berus gigi dan beruslah secara perlahan-lahan dari dalam dan ke luar dengan hanya menggunakan hujung berus.
  4. Tidak dilupakan juga untuk memberus bahagian celah-celah gigi. Bagi langkah ini murid-murid diingatkan supaya menggunakan berus yang lebih kecil supaya lebih mudah memberus keluar sisa makanan dan plak gigi.
  5. Akhir sekali, murid-murid juga perlulah memberus bahagian lidah. Pegang berus gigi secara mendatar kemudian beruslah lidah dengan menolak berus ke hadapan dan ke belakang.

              

Saturday 5 November 2011

Makanan Seimbang

Murid-murid, kita mesti makan makanan yang seimbang. Makanan seimbang akan jadikan badan kita sihat dan memberikan kita tenaga untuk kegiatan harian. 



Piramid Makanan

Piramid makanan adalah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Kumpulan makanan ini dikenali sebagai piramid makanan seperti roti dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran, daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

i) Lemak, minyak dan gula - Makanan ini ada kolestrol. Kita perlu makan sedikit.

ii) Susu, telur, ikan dan daging - Makanan ini ada protein dan boleh membina tubuh badan. Kita perlu makan secara sederhana. 

iii) Sayur-sayuran dan buah-buahan - Makanan ini ada vitamin dan boleh mencegah penyakit. Kita perlu banyak makan.

iv) Bijirin, nasi, mee, roti dan ubi - Makanan ini ada karbohidrat dan boleh memberi tenaga kepada kita. Kita perlu makan secukupnya.


Video " Eat For Health "

     

    

Monday 31 October 2011

Mengapa perlu memberus gigi?

Adakah kamu berasa bimbang jika doktor gigi datang ke sekolah untuk memeriksa gigi kamu? Jadi sebelum ke sekolah, kamu pasti akan memberus gigi berulang kali agar gigi kamu bersih sebelum pemeriksaan gigi diadakan. Tahukah murid-murid bahawa amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Amalan memberus gigi sehingga bersih dan teratur dapat membantu dengan cara membersihkan segala jenis kekotoran yang terlekat di sekitar gigi seperti sisa makanan dan plak gigi. Memberus gigi secara betul dan teratur juga dapat mencegah kerosakan gigi.

Kekerapan memberus gigi juga amat penting dalam mengekalkan gigi yang sihat. Jika kamu hanya memberus gigi ketika pemeriksaan gigi sahaja tidak akan menyumbang kepada gigi sihat. Beruslah gigi setiap kali selepas makan. Tempoh memberus gigi juga sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit dalam satu sesi.

                         

Marilah dengar lagu " Gosok Gigi ". Janganlah malas gosok gigi. Gigi putih, Gigi bersih, Gigi yang sihat.


           
     

Sunday 16 October 2011

Uruskan Kehidupanmu dengan Bijak

Jika kamu mengakui bahawa anda seorang yang bijak, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pengguna yang bijak?

Ciri-ciri pengguna yang tepat :
  • Membeli barangan berkualiti
  • Membuat perbandingan harga
  • Memilih perkhidmatan terbaik
  • Membuat pilihan yang tepat

Bertindaklah dengan Bijak!!! 
 





Bijak dalam Berpakaian
  • Belilah barang buatan Malaysia kerana barangan berjenama melibatkan kos yang lebih tinggi.
  • Jangan terlalu terpengaruh dengan fesyen terkini kerana fesyen sentiasa berubah.
  • Kitar semula pakaian lama dengan mengamalkan konsep suai padan.
  • Beli pakaian baru hanya apabila perlu, seperti telah koyak, terlalu usang atau tubuh badan kamu semakin tinggi atau sudah tidak muat kerana pertambahan berat badan.


 Bijak dalam Pemakanan 
  • Makan buah-buahan tempatan.
  • Tanamlah sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Amalkan memasak makanan sendiri di rumah.
  • Selain lebih menjimatkan, makanan di rumah kurang terdedah kepada risiko keracunan makanan.
  • Bawa belak ke sekolah.
  • Jangan membeli makanan secara berlebihan.