Adakah kamu berasa bimbang jika doktor gigi datang ke sekolah untuk memeriksa gigi kamu? Jadi sebelum ke sekolah, kamu pasti akan memberus gigi berulang kali agar gigi kamu bersih sebelum pemeriksaan gigi diadakan. Tahukah murid-murid bahawa amalan memberus gigi secara teratur dan berkesan adalah langkah pertama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Amalan memberus gigi sehingga bersih dan teratur dapat membantu dengan cara membersihkan segala jenis kekotoran yang terlekat di sekitar gigi seperti sisa makanan dan plak gigi. Memberus gigi secara betul dan teratur juga dapat mencegah kerosakan gigi.
Kekerapan memberus gigi juga amat penting dalam mengekalkan gigi yang sihat. Jika kamu hanya memberus gigi ketika pemeriksaan gigi sahaja tidak akan menyumbang kepada gigi sihat. Beruslah gigi setiap kali selepas makan. Tempoh memberus gigi juga sekurang-kurangnya dua hingga tiga minit dalam satu sesi.
Marilah dengar lagu " Gosok Gigi ". Janganlah malas gosok gigi. Gigi putih, Gigi bersih, Gigi yang sihat.
No comments:
Post a Comment